Up | Down

 

The Late Memories of Allahyarham Ust Asri Rabbani..Al-Fatihah

~ ~
"Daripada Allah kita datang dan kepada Dia juga kita kembali..bla..bla.."antara dialog yg baru beberapa helai ditinggalkan dlm novel Rooftop Rant yg sedang dibace pagi tadi..dan h/pku vibrate tiba-tiba..

"Ust Asri Rabbani meninggal dunia" - CTsns..

Innalillahi wa innalillahi raji'un..

Terkedu dan semua benda vividly rewind di depan mata..mungkin aku bukan seorang yg amat rapat dgn Allahyarham..tp pengalaman bersua-muka dan bertegur-sapa pd majlis open house Munsyid 07,dikenalkan oleh Kak Iluz HRSB..dan beberapa kali terserempak di area opis aku..dan aku juga adalah antara peminat lagu2 Rabbani..ye..kerna lunak merdu dan kadangkala sungguh sayu tatkala mendengar alunan suaranya..antara sebab penghayatan mesej & nasihat di dlm lagu itu sampai dan menusuk jiwa siapa yg mendengar..Sesiapa yg pernah mendengar Allahyarham mengalunkan bacaan2 kitab suci Al-Quran juge pasti setuju..

Orang yg lebih rapat dgn Allahyarhan pasti lebih terasa kehilangan seorang yg bernama Ust Mohd Asri Ibrahim,yg terkenal dgn sifat down to earth itu..Salam Takziah buat keluarga dan teman2 RABBANI.Konsert Antara Dunia(KAD) yg berlansung 2minggu lepas pd Sabtu,1 Ogos 09 di Shah Alam..adalah buah tangan terakhir Allahyraham..dgn izin Allah..

Masih terngiang-ngiang ait-bait rangkap lagu "Pergi Tak Kembali" yg didendangkan Allahyarham bersama-sama teman Rabbani yg lain..
"Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiringi doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.."
Al-Fatihah,moge rohnya dicucuri rahmat Ilahi senantiasa dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..AMIN..

1 comments:

Anonymous said...

al-fatihah.